Sunday, May 8, 2011

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun

hanya sekadar senyuman."

--------------------------------

"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini"
---------------------------------
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan"
----------------------------------
"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang"
------------------------------------
"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"

---------------------------------------

"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah"
------------------------------------------
"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak"
-------------------------------------------
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"

---------------------------------------------

"Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera"
-------------------------------------------
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
-----------------------------------------
"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan."

------------------------------------------

"Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat"

--------------------------------------------

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
-------------------------------------------
"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat"
-------------------------------------------

No comments:

Post a Comment